Resepi SEDAP Namatey - D'reh Ikan Rebus Goreng Simple
- Team D'reh
- Jul 24, 2020
- 2 min read
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kita dah boleh keluar bekerja walaupun bukan 100%. Namun, melihatkan perubahan dan melalui fasa pemulihan ni cukup membuatkan hati kita lega. InsyaAllah kita doakan agar serangan COVID-19 ini akan menghilang selamanya.
Walapun kita dah boleh keluar bekerja, berkumpul dalam penjarakan sosial, menaiki pengangkutan awam, ke shopping mall, dan sebagainya tapi janganlah dilupa SOP yang perlu kita patuhi. Kita mesti mengamalkan norma baharu kehidupan kita, keluar tempat terbuka dengan 'face mask', jaga jarak sosial, jaga kebersihan, jaga diri dan orang sekeliling. Lain macam betul 2020 ni kan!
Alkisahnya nak cerita pasal resepi paling simple dan bodo-bodo abad ini. Seiring dengan keadaan kita yang masih dalam pasca pemulihan (PKPP). Kita sebolehnya nak berjimat dan beringat tentang perbelanjaan harian khusunya bab makan. Kita lebih memilih, apa yang penting berbanding apa yang sedap di perut. Betul-betul? Tapi tak bermakna kita tak boleh menikmati nikmat dunia ni. Berpada-padalah.
Oklah, lama membebel pulak tadi kata nak share resepi je kan! oppssiiee..
Ok, harini nak share resepi paling simple tapi rasanya sedap namatey! hah ambik kausss!
Nama resepi ni ialah D'reh Ikan Rebus Goreng Simple. Orang paling tak tahu masak pun boleh masak dengan jayanya. Yakinlah!
Jom kita start!! Bismillah..

Untuk menghasilkan D'reh Ikan Rebus Goreng Simple wallah sedap namatey ni, mari kita lihat apa bahan-bahannya.
D'reh Ikan Rebus Goreng Simple
Bahan-bahan :
5 ekor D'reh Ikan Rebus
1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 biji cili padi atau cili besar merah (dipotong kasar)
Cara-cara :
Goreng D'reh Ikan Rebus hingga garing atau mengikut selera kesesuaian masing-masing.
Angkat dan ketepikan.
Goreng pula bawang dan cili padi atau cili besar kalau tak tahan pedas hingga naik bau.
Angkat dan taburkan di atas ikan goreng tadi.
Siap untuk dimakan. Cepat tapi sedap....
Siappp! boleh ambil nasi dan makan. Mudah bukan? Jom try.
Comments