Resepi SEDAP Namatey - D'reh Ikan Rebus Air Asam
- Team D'reh
- Jul 24, 2020
- 1 min read
Updated: Aug 11, 2020
Kadang - kadang hidup kita ni dipenuhi oleh onak dan ranjau. Jarang kehidupan manusia biasa ni tiada cabaran. Sesungguhnya itulah sebabnya kita ditakdirkan menjadi khalifah di bumi Allah ni. Harus ada cabaran pahit, masam dan perit.
Aduh, ni semua kerana tengahari tadi sis makan D'reh Ikan Rebus cicah air asam sedap namatey. Perasaan masam pedas tu menyentuh tahap emosi membawa ke petang. Wallaweh! Giler lah penangan makan D'reh Ikan Rebus ni! Tak nak emo lagi, meh sis nak share resepi orang yang sensitif hatinya di petang Jumaat yang Barokah ni.
Let's start! Bismillah..

D'reh Ikan Rebus Air Asam
Bahan-bahan :-
D'reh Ikan Rebus yang sedap
Air masak (ikut berapa banyak kita nak kuah dia)
Garam dan gula
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 biji lada besar - hiris halus
Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
1/2 cawan asam jawa
2 sudu besar gula
Sedikit belacan (untuk yang suka)
Asam limau (optional) sis suka letak ni, lebih wangi :-)
Cara-caranya :
Stim/kukus/ panaskan D'reh Ikan Rebus secara berasingan atau
Boleh juga di satukan kesemua bahan2 dan di kukus sekejap untuk panaskan sahaja.
Cara-cara bancuhan air asam :
Ambil sedikit air masak mengikut kuantiti kuah yang anda mahukan.
Masukkan sedikit belacan dan air asam, garam dan sedikit gula.
Masukkan bawang dan tomato yang sudah dipotong dadu serta cili.
Satukan kesemua bahan dan tuang bancuhan ke atas ikan.
Perahkan asam limau
Siappp! boleh ambil nasi dan makan. Mudah bukan? Jom try.
Comments