top of page

Resepi SEDAP Namatey - D'reh Ikan Rebus Masak Taucu

  • Writer: Team D'reh
    Team D'reh
  • Jul 24, 2020
  • 2 min read

Sis teringat masa zaman PKP tempohari, ramai orang nak jadi chef, mak-mak pun semua dah pening nak hidang makanan apa lagi pada anak-anak yang duduk memerap di rumah. Itulah manusia kan, dulu anak tak duduk rumah kita risau. Sekarang anak 24 jam depan mata pun kita masih lagi risau. Apa nak buat dengan budak-budak ni? Apa aktiviti nak penuhkan masa mereka. Yup! semua ibu bapa pun akan fikir yang sama. Betul tak?


Maka terhasillah pelbagai group - group di FB. Group nak cari idea nak masak apa, group persatuan mak-mak taman itu, taman ini, group masak sarapan apa, group masak tengahari apa, group minum petang apa, ramai jugalah mula melayari youtube mencari idea masakan menjelang ramadhan pula semasa PKP. Ramailah juga menjadi subscriber pada sensasi YouTuber masakan alaf ni Sugu Pavithra. Hah, mesti youolls pun subscribe channel dia macam sis kan! Say I! Pening weh, Apa nak hidang berbuka ni? Bazar Ramadhon pun takda! haha.. cemas kejap mak-mak muda ni. Apa lagi mereka pun cuba lah satu persatu resepi yang nampak mudah dan sedap tu.


Jangan risau, yang berjaya tu pasti mereka upload di FB dan IG. Yang tak jadi pun ada peminat tersendiri harus post di FB Group Masak Tak Jadi Apa Hari Ni. So, hari ni sis nak share resepi yang perlukan sedikit anjakan paradigma. Kalau hari biasa memang jarang mak-mak muda nak masak resepi ni. Tapi kalau di kampung, village people memang suka masak ni. Tak caya cube ingat masa zaman mak-mak kita atau nenek kita dulu. Mereka suka sangat masak ni. Tak yah banyak cerita la, jom kita tengok cara penyediaannya.


Bismillah..


D'reh Ikan Rebus Masak Taucu


Bahan-bahan

  • D'reh Ikan Rebus (digoreng terlebih dahulu)

  • 3 ulas bwg merah + 4 ulas bwg putih + 1.5 cm halia (semua hiris)

  • 2-3 sudu kecil taucu (ikut banyak mana kuahnya)

  • 1 sudu minyak masak

  • Garam + gula + air (utk kuah) secukupnya

  • 1 ulas bawang besar (hiris bulat2) & 2-3 btg cili hijau (belah dua)


Cara-cara

  1. Panaskn minyak dlm kuali, masukan bawang merah, putih & halia yg dihiris-hiris tu.

  2. Bila layu je trus masukkan taucu & kacau-kacau sebentar

  3. Masukkan sedikit air.

  4. Kemudian masukkan asam keping, garam (sikit sahaja sebab taucu dah masin, D'reh Ikan Rebus pun dah masin elok), gula & cili hijau

  5. Bila mendidih je, masukkan bawang potong bulat tu then kacau sebentar dan tutup api.

  6. Tuangkan kuah taucu tadi ke dalam bekas yang diletakkan ikan rebus (yang dah siap digoreng tadi).

Siappp! boleh ambil nasi dan makan. Mudah bukan? Jom try.



 
 
 

Comments


© 2020 by D'reh Empire

bottom of page