
Kenali Siapa Kami
Kami Shifa Ladies adalah terdiri daripada Pengarah Urusan Bersama di Syarikat Syarifah Syifa Resources yang beralamat di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Kami mempunyai cerita tersendiri tentang bagaimana kami bermula di SharifaShifa. Ikuti perkongsian kami di bawah ini :


Syarifah Hanim
Pengurus Operasi
Pakar Urutan Tradisional, berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang urutan tradisional khusus untuk para wanita.
Pendidikan dan Kelayakkan :
-
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
-
Certified Urutan Tradisional Melayu (Urutan Kesihatan), Malay Massage Academy, Shah Alam
-
Certified Urutan Tradisional Melayu (Urutan Perubatan), Malay Massage Academy, Shah Alam
-
Beauty Spa Talk, Srisari Beauty Academy, Shah Alam
-
Attended Kursus Anatomi Tubuh Badan Manusia & Lawatan ke Muzium Manusia MSU Medical Centre
-
Certified Perawat di Pusat Rawatan Sirrun Asy-Syifa', Puchong
Kisah pengalaman ngeri Kak Long HANIM..
Suatu petang pada hari yang biasa sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja, rutinnya selepas pulang adalah bergegas untuk ke dapur memasak makanan untuk dijamah pada malam harinya. Belum pun sampai ke rumah tetapi fikiran sibuk merancang apa yang ingin dimasak nanti. Sampai sahaja di depan pagar rumah ada pula yang menghalang Kak Long HANIM untuk terus meletakkan kereta. Ntah dari mana datangnya pasu yang sederhana besar beriisi sepohon anak bunga kertas. Kerana ingin segera mengalihkan pasu tersebut Kak Long HANIM hanya menolak pasu tersebut dengan kaki. Malangnya ia tidak berganjak sedikit pun. Terpaksalah Kak Long HANIM membongkok dan mengangkat pasu itu untuk dialihkan ke tempat yang lain.
Tanpa disedari perbuatan itu menyebabkan Kak Long HANIM menanggung derita sepanjang malam. Setengah jam selepas itu Kak Long HANIM tiba-tiba merasa rengat di bahagian bawah perut. Sakitnya seolah-olah ingin bersalin namun makin lama makin lebih sakit daripada pengalaman melahirkan. Allahuakhbar. Kak Long HANIM langsung tidak boleh meluruskan badan sewaktu berbaring apatah lagi ingin bangun. Tubuh badan terpaksa dibongkokkan supaya rasa sakit dapat ditahan. Rancangan untuk memasak semuanya terbatal. Kak Long HANIM mengambil keputusan untuk ke Klinik mendapatkan nasihat Doktor. Selesai pemeriksaan Doktor hanya mampu membekalkan ubat tahan sakit. Kak Long HANIM pun pulang dengan rasa yang hampa ditambah sakit yang tidak pun kurang walau setelah menelah hampir 3 biji pil tahan sakit. Malam pun berlalu dengan seksanya menahan sakit malah bertambah sakit sehingga pucat dan lesu.
Seawal pagi Kak Long HANIM bergegas menuju ke rumah Mak Tam bidan kampung yang terkenal di kawasan perumahan itu. Mak Tam pun segera mengurut Kak Long HANIM dengan minyak campuran bawang selama sejam untuk membetulkan semula kedudukan rahim. Mak Tam kata rahim itu telah terkeluar hampir seinci. Itulah namanya tombong. Syukur Alhamdulillah sebaik sahaja proses urutan berakhir Kak Long HANIM terus merasa lega. Sakit tiada lagi namun Mak Tam turut berpesan supaya memakai bengkung selama 2 minggu dan jangan pernah mengangkat barang berat selama setahun. Pengalaman ngeri itu menyebabkan Kak Long HANIM bertekad untuk belajar ilmu urut dan ingin membantu wanita lain yang mengalami masalah yang sama. Maka, bermulalah perjuangan SHARIFASHIFA ...

Syarifah Kamaliah
Pengurus Kewangan dan Pemasaran
Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang Perbankan dan lebih 10 tahun dalam Pentadbiran Perniagaan.
Pendidikan dan Kelayakkan :
-
Diploma Pentadbiran Awam, Universiti Teknologi MARA, Melaka
-
Certified Terapi Spa, Rawatan Lulur dan Mandian, Srisari Beauty Academy, Shah Alam
-
Certified Urutan 69 Point Saraf, Srisari Beauty Academy, Shah Alam
-
Beauty Spa Talk, Srisari Beauty Academy, Shah Alam
-
Certified Urutan Batu Panas, Srisari Beauty Academy Shah Alam
-
Certified Urutan Mahkota, Srisari Beauty Academy Shah Alam
-
Certified Kaedah Tradisional Bertangas dan Pembuatan Jamu, Srisari Beauty Academy Shah Alam
-
Attended Kursus Anatomi Tubuh Badan Manusia & Lawatan ke Muzium Manusia MSU Medical Centre
-
Attended Kursus Khas Pemantapan Bacaan Al-Quran, Akademi Quran Ar-Rayyan (AQAR) Bangi
-
Certified Perawat di Pusat Rawatan Sirrun Asy-Syifa', Puchong

Kisah trauma Cik MILLA
Saat melahirkan bayi yang sehat dan sempurna pastilah detik yang amat indah bagi setiap wanita yang bergelar ibu. Kesakitan yang ditempuh berjam-jam di dalam bilik bersalin tidak lagi dirasakan apabila dapat mendakap bayi yang comel. Namun, kegembiraan itu hanya sementara bagi Cik MILLA. Setelah pulang ke rumah bermulalah sesi berpantang. Seperti ibu-ibu yang lain Cik MILLA juga menyusukan bayi, namun agak menghairankan kerana bayi Cik MILLA seperti tidak kenyang dan tidak lena. Cik MILLA juga tidak dapat berehat apatah lagi tidur dengan lena.
Cik MILLA mula merasa sakit di bahagian belakang hingga ke bahu. Bayi sering menangis kerana tidak puas disusukan. Cik MILLA bertambah resah dan gelisah menahan sakit di bahagian dada seolah-olah susu itu tersumbat dan tidak dapat dikeluarkan. Puas mengepam dengan mesin pemerah susu, namun tetap gagal. Bayi menangis lapar...ibu semakin tertekan turut menangis menahan kesakitan. Sakitnya hanya Allah yang tahu sepanjang malam menanggung derita, bayi pula menanggung lapar sementara menunggu siang untuk meminta pertolongan.
Syukurlah Kak Long HANIM telah datang selepas subuh mengurut buah dada yang sudah membengkak. Kak Long kata andai terus dibiarkan pasti mendapat bentan. Bertambah-tambahlah deritanya lagi. Kejadian itu merupakan satu trauma bagi Cik MILLA kerana setiap kali melahirkan anak pasti masalah yang sama akan berulang. Cik MILLA perlu lakukan sesuatu. Cik MILLA tidak mahu pengalaman ngeri itu terjadi pada mana-mana ibu yang melahirkan anak. Maka, bermulalah perjuangan SHARIFASHIFA ...


Syarifah Sue
Pengurus Produk dan Inovasi
Berpengalaman lebih 5 tahun dalam bidang IT, Perakaunan, Publisiti, Pentadbiran dan Sumber Manusia.
Pendidikan dan Kelayakkan :
-
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
-
Diploma Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Johor
-
Beauty Spa Talk, Srisari Beauty Academy, Shah Alam
-
Facet 5 Accredited Practitioner (Personality Profiling), Woodley Gemmell Pty Ltd, Australia
-
DISC Profiling Practitioner, Hann Consulting Asia Pty Ltd, Singapore
Kisah yang sering kali dihadapi Cik SUE dan mungkin juga wanita lain..
Setiap kali datang bulan Cik SUE akan gelisah dan bimbang kerana sakit senggugut pasti menyerang. Semua pekerjaan akan tertangguh dan tidak dapat dilakukan apabila senggugut datang. Sudah beberapa klinik dan hospital yang dikunjungi untuk mencari solusi namun tiada jawapan yang pasti kecuali melalui full medical check up, MRI dan sebagainya. Doktor tidak ambil serius dengan senggugut kerana ia tidaklah sampai memberi kesan yang buruk kepada kesihatan badan secara keseluruhan. Doktor hanya memberi ubat tahan sakit yang hanya berfungsi melegakan sakit untuk sementara waktu tetapi bukanlah dapat menyembuhkan.
Setelah buntu mencari rawatan dalam perubatan moden Cik SUE terpaksa mencuba rawatan tradisional dengan pergi berurut setiap kali sebelum haid dan selalu mengamalkan jamu kunyit serta pelbagai lagi petua-petua lama. Cik SUE bersyukur kerana sakit senggugut semakin hilang. Cik SUE berharap dia dapat berkongsi kebaikan ini kepada semua wanita yang sedang menderita penyakit yang sama. Maka, bermulalah perjuangan SHARIFASHIFA ...