top of page
Copy of Copy of Ketengan (2).png

Kepakaran Kami

Sandwich Photo Brunch Food Facebook Cove

Kepakaran SharifaShifa ialah membantu ANDA wanita berkerjaya mahupun surirumah yang selalu bersedih dan mengeluh setiap malam kerana badan yang sakit, lesu, lemah, muka pucat tiada seri sudah tidak seksi lagi ...dengan khidmat urutan seluruh badan yang TERBAIK & TERBUKTI berkesan bagi menyelesaikan masalah ANDA secara total mahupun mengurangkannya sehingga 97% dengan urutan secara intensif kerana sentuhannya pasti sampai ke jiwa. InsyaAllah.

Kami juga ingin menambah nilai dalam kehidupan semua orang dengan mendedahkan rahsia kebaikan sebenar khazanah alam TERBAIK "7 Aura Bunga". Selain itu, kami ingin menambah nilai dalam kehidupan semua orang dengan memvariasikan penggunaan “Garam Sirrun” untuk kesan kesembuhan yang lebih OPTIMUM.

Kami ingin membantu para wanita khususnya surirumah tangga dan wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan tugasan seharian tetapi dalam pada masa yang sama sangat memerlukan rawatan yang dapat memberi kelegaan dan kesegaran tubuh badan setelah penat bekerja dan menguruskan keluarga. 

Kami juga ingin menambah nilai dalam kehidupan semua wanita dengan memberikan rawatan terbaik untuk para ibu yang sudah berusia / warga emas yang mengalami masalah lutut, saraf dan lenguh-lenguh badan kesan daripada pertambahan usia dan aktiviti harian. Ianya juga adalah dedikasi kami untuk para ibu yang telah berkorban jiwa raga dalam membesarkan anak-anak agar dapat menjalani hidup yang lebih berkualiti.

 

Selain itu, kami di SharifaShifa ingin membantu bakal mempelai bagi mendapatkan rawatan yang mampu memberi ketenangan fikiran dan memulihkan tenaga untuk menempuh hari yang penuh bermakna selain dapat menyegarkan badan, menaikkan seri dan mempersiapkan diri dari segi luaran dan dalaman sebelum bakal mempelai bergelar isteri.

 

Berbekalkan kemahiran dan pengalaman, kami yakin dapat memberikan rawatan istimewa untuk para ibu yang berpantang dimana rawatan kami adalah bersifat holistik dan menyeluruh mengikut keperluan ibu dan bayi yang baru lahir. Kami juga menitikberatkan penjagaan ibu berpantang agar mendapat kelegaan optimum dan memberi kesan emosi yang menenangkan. Kami juga ingin berkongsi tips dan panduan yang mudah diikuti, ringkas, praktikal dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Kenapa Perlu Memilih Kami?

Masalahnya ialah kebanyakkan perkhidmatan spa di luar hanya menawarkan rawatan spa yang bersifat umum dan hanya memberi kelegaan sementara tanpa merungkai permasalahan utama wanita.

 

Tambahan pula, kebanyakkan perkhidmatan spa yang masyur hanya tertumpu kepada rawatan kecantikkan yang moden dan kadang kala tidak sesuai untuk para ibu atau warga emas yang turut inginkan perkhidmatan yang dapat melegakan tubuh badan mereka terutamanya bahagian lutut yang sering mengalami masalah.

 

Selain itu, lambakkan pakej rawatan berpantang oleh Spa atau Persendirian / Confinement Lady menawarkan harga yang mahal dengan pakej yang tidak munasabah, sering membebankan kewangan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

 

Di samping itu, para wanita bekerjaya dan juga surirumah kadang kala tidak punya masa untuk memanjakan diri ke spa bagi tempoh masa yang agak lama. Golongan ini juga mungkin terpaksa memendekkan masa rawatan dek kerana meninggalkan anak atau tugas seharian untuk sedikit masa yang terluang.

Bagaimana Kami Bantu?

Justeru, dengan izinNya kami dapat membantu dengan memberikan rawatan khusus yang bersifat intensif berserta diagnosis semasa rawatan agar rawatan yang diberikan dapat memberi kelegaan maksima dan merungkai permasalahan utama setiap pelanggan kami.

 

Para terapis kami juga terdiri daripada terapis yang berkelayakkan dan berpengalaman dalam bidang urutan masing-masing. Dengan izinNya para terapis kami dapat memberikan rawatan dan khidmat nasihat agar para wanita/ ibu dan warga emas dapat merasai kesan optimum daripada setiap rawatan yang diberikan.

 

Kami juga menyediakan kemudahan Mobile Spa / Spa Bergerak yang akan terus datang ke tempat pelanggan jika mereka mempunyai masalah untuk datang dan merasai pengalaman berurut di premis kami. Khidmat Mobile Spa kami juga menawarkan pelbagai pakej dan rawatan yang menarik untuk dicuba.

 

Selain itu, kami menitikberatkan kaedah rawatan tradisional nusantara melalui penggunaan produk-produk alami dan semulajadi yang bebas dari bahan kimia berbahaya. Ianya lebih selamat dan semula jadi tanpa kesan sampingan.

 

Kami jamin anda akan berpuas hati dengan keaslian hasilnya nanti.

 

~ Sentuhan Sampai Ke Jiwa ~

If you think this would help a fellow Sister out there, do share it forward.

logo 1.png
SharifaShifa

Syarifah Syifa Resources

Address: No. 1-28A, Tingkat 1,

Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra Perdana,

47130 Puchong

Email: sharifashifa2019@gmail.com
Website: www.sharifashifa.com
"Sentuhan Sampai Ke Jiwa"

Hubungi kami di Media Sosial

 

Hubungi kami :

Hotline : +6011-70005974
Whatsapp / SMS : +6011-62298131
Office : +6011-70005974

© 2012 Syarifah Syifa Resources 

(Company No.  (SA0233165-D).

All Rights Reserved.

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Instagram
bottom of page