Cover Your Aurah ~ Because You're Worth It!
- Sharifah Sue
- May 17, 2017
- 2 min read

Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup AURAT itu yang wajib.
Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.
Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.
Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!
Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.
Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Begitulah rahsia Allah SWT yang Maha Penyayang apabila Dia menyuruh atau melarang sesuatu, manfaatnya pasti ada walaupun kadangkala tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia.
Percayalah, Allah Lebih Tahu Apa Yang Lebih Baik Untuk Kita
Petikan Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Orang yang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau yang haram melainkan dengan berkata, “Kami taat dan kami patuh.”
Justeru itu, jika kita mengaku kita beriman, akurlah kepada setiap perintah Allah SWT itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat hamba-hambaNya.
Dan sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Ramadhan semakin hampir, mari kita berubah ke arah yang lebih baik. Tutup Aurat dengan sempurna. Jom Berubah!

Comments