Urutan Untuk Wanita ~ Kerana Dirimu Begitu Berharga
- Sharifah Sue
- Apr 26, 2019
- 3 min read
Assalamualaikum wbt.

Selalu orang tanya, boleh ke anak dara berurut? Tak elok la anak dara pergi berurut. Urutan ni untuk jenis mak - mak, orang - orang warga emas, orang sakit urat je, orang lepas bersalin, yang lain tak perlu. Urut ni jadi macam second class treatment je kaedahnya. Tapi sebenarnya, urut ni ada banyak kelebihannya. Bukan hanya dari segi luaran, bahkan dalaman juga. Hanya yang pakar je yang boleh beri kelegaan pada urutan.
Tapi, senang ke nak cari yang pakar? Ada berapa je pakar urut dekat Malaysia ni? Antara yang kita ketahui ialah Bonda Rozita, Jamu Ratu Malaya. Bukan sahaja menjual produk kecantikan, malah Bonda Rozita juga ada menyediakan khidmat urutan di Rumah Hutannya. Tapi dari cerita orang-orang yang pernah pergi, bila pergi berurut kat sana, bukan Bonda yang urut tapi juru-urut dia, pekerja dia warga Indonesia. Ni saya tak pasti kesahihannya, tapi mungkin betul juga. Mungkin Bonda hanya ambil urutan untuk client dia yang tertentu sahaja. That could be it.
Sekarang pula trend bersalin dengan Confinement Lady yang dibekalkan melalui pakej selepas bersalin. Ramai artis-artis yang ambil memang pakej tu share dekat IG mereka. Pakej lengkap dari penjagaan ibu dan anak, makanan berpantang, mandian, urutan dan tangas. Tapi boleh kata kesemua Confinement Lady mereka adalah adalah warga asing, warga Indonesia. Bukan nak kata tak elok berurut dengan warga Indonesia ni, tapi kalau kita ada pakar Urutan Melayu, kenapa masih mencari yang lain bukan? Kalau nak ikutkan urutan Melayu dan Indonesia ni memang ada perbezaannya. Walaupun kita serumpun, namun cara dan pengolahan urutan itu sangat berbeza. Seni urutan Melayu asli memang susah nak dicari. Ianya sebahagian dari kemahiran yang bukan calang-calang orang boleh kuasai.
Kalau wanita Indonesia berbangga dengan “Bali Massage”, wanita Thailand dengan “Thai Massage” dan wanita Swedeen dengan “Swedish Massage” mereka, kita wanita Melayu juga tidak harus ketinggalan. Urutan Melayu tradisional (Traditional Malay Massage) seharusnya menjadi medium untuk kita berbangga dengan rawatan kecantikan dan kesihatan semulajadi yang sudah berakar umbi sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Dengan mengambil berkat hari Jumaat, hari ini kami nak kongsikan kelebihan berurut dengan Pakar Urut Tradisional di Seni Urutan SharifaShifa di Puchong, Selangor.
Antara kelebihannya adalah :-
Melancarkan perjalanan darah – apabila urutan di jadikan amalan, perjalanan darah di dalam tubuh akan menjadi lebih lancar. Begitu juga dengan sistem perkumuhan tubuh sama ada air besar, air kecil, peluh, pernafasan dan sebagainya turut menjadi sempurna! Apabila perjalanan darah di dalam tubuh berjalan pada kadar yang sepatutnya, seri kecantikan semulajadi akan terpancar dengan sendirinya.
Mencantikkan kulit tubuh dan muka – Minyak urut khas dengan ramuan tradisional yang dimasak sendiri di gunakan untuk berurut akan meresap elok ke dalam liang-liang roma kulit. Penambahan bacaan ayat-ayat suci Al Quran juga diberi bagi memperindahkan lagi kandungan minyak urut khas ini dan memberi keberkesanan yang maksimum.
Kalau suplemen memberikan kesan terhadap tubuh dalaman, urutan pula bertindak pada kulit bahagian luar! Minyak aroma urutan itu bertindak sebagai vitamin pada kulit kita!
Urutan oleh Pakar Urutan SharifaShifa bersifat merawat dan bukan hanya memberi kelegaan sementara.
Salah satu lagi kelebihan Urutan di Seni Urutan SharifaShifa adalah kami memberikan perkhidmatan diagnosis untuk mencari punca kesakitan dan memberi rawatan secara terperinci.
Seni Urutan Tradisional Melayu 'SyarifahSyifa' ini berpandukan Ayatul Quran yang dibimbing oleh Pakar Urut yang bertauliah & berdaftar.
Kalau rasa nak cuba pengalaman berurut di sini, boleh singgah ke premis kami yang selesa dan privasi di Puchong - Google Map Seni Urutan SharifaShifa
Untuk temu janji boleh hubungi nombor ini :-
Hotline: +6010-787 8853
Whatsapp / SMS: +6012-399 4983
Selamat Mencuba!
PSssTT.. Untuk WANITA Sahaja OK!
Comments