top of page

Mari Berwakaf ~ Telaga Air Bangladesh

  • Writer: Sharifah Sue
    Sharifah Sue
  • Sep 15, 2019
  • 3 min read

Assalamualaikum para Sahabat semua dan sesiapa yang menyinggah di Blog Seni Urutan SharifaShifa.

Harini nak share something yang agak panjang, please bear with me.😊.

Disamping berniaga dan bekerja kita juga disyariatkan membantu orang-orang yang memerlukan. Atas dasar kemanusiaan, kami ingin mengajak anda semua turut bersama projek Wakaf Telaga Air Bangladesh ini kerana inilah ladang pahala yang besar kepada kita. Apalah ertinya kita bekerja siang malam tetapi saudara kita menahan lapar, menahan dahaga sedang kita tidak mengindahkan mereka. Mereka jauh dari kita, namun jalan untuk membantu sudah ada. Mari laksanakan tugas kita sebagai khalifah. Jom berwakaf!

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, saya dan team sukarelawan Islamic Relief Malaysia akan meneruskan usaha membantu saudara seislam kita melalui misi Wakaf Telaga Air Bangladesh (TAB). Untuk misi kali ini kami memerlukan sejumlah dana untuk membina Telaga Air (Water Well) bagi kegunaan 200 buah keluarga, InsyaAllah.

Target Dana yang diperlukan adalah RM100,000.00. Kami sudah mula mengumpul dana dari pelbagai program dan aktiviti. Setakat ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM25,000.00. Banyak lagi yang diperlukan untuk menjayakan misi ini.😢

Adalah dengan sukacitanya saya nak mengajak kawan-kawan dan kenalan untuk sama-sama berkongsi cara mudah untuk berwakaf dengan menyertai Wakaf Telaga Air Bangladesh ini. Anda bayangkan setiap titis air yang dimanfaatkan oleh penerima wakaf itu, InsyaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir pada kita semasa kita hidup dan selepas kita meninggal dunia.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Bangladesh terpilih sebagai salah satu negara yang memerlukan projek wakaf telaga air kerana mereka mengalami krisis air yang sangat membimbangkan selepas Somalia.

Sumber air mereka tercemar dengan sisa arsenik. Mereka tiada pilihan lain kecuali menggunakan sumber tercemar ini sehingga bantuan telaga air ini siap. Di sana memang dah ada banyak telaga pump (shallow tube-well) ni, tapi kebanyakkannya telah tercemar. Sejumlah 20 juta warga miskin Bangladesh masih meminum air yang dicemari arsenik, semenjak dua dekad yang lalu selepas toksin berbahaya itu ditemui dalam bekalan air mereka.

Laporan Hak Asasi Manusia (HRW) menyatakan Bangladesh gagal mengambil langkah awal bagi menangani masalah itu yang membunuh kira-kira 43,000 warga Bangladesh setiap tahun, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang miskin.

Bekalan air tercemar itu bermula sejak 1970-an apabila kerajaan Bangladesh menggali jutaan telaga tiub cetek untuk menyediakan air bersih kepada penduduk tanpa menyedari tanah itu banyak bercampur dengan arsenik secara semula jadi.

Pendedahan kronik kepada arsenik dikaitkan dengan kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit, serta penyakit jantung tetapi HRW menyatakan ramai mangsa di Bangladesh tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan.

Atas dasar kemanusiaan, kami di Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Islamic Relief Bangladesh (IRB) dan Union Sanitation task force Committee telah mengenal pasti kawasan yang kritikal untuk membina telaga air lebih dalam (Deep Set Pump-DSP) sebanyak 17 buah di daerah Mymensingh dan Modhupur Upazila.

Jom sama-sama membantu kami untuk mencukupkan dana bagi pembinaan telaga air ini. Projek Telaga Air Banglesh (TAB) bergerak seiring dengan program sedia ada (Facilitating Water Access in Central Northern part of Bangladesh-FWAB).

Jadi nak minta jasa baik kawan-kawan untuk sama-sama membantu membina telaga ini. InsyaAllah, saya sendiri akan ke sana melihat sendiri perkembangan pembinaan Telaga Air ini nanti. Ketahuilah, betapa berharganya setitis air bersih untuk mereka.😥

Anda juga boleh menyumbang seberapa banyak yang anda mampu. Boleh rujuk flyers.

Sumbangan boleh terus di masukkan ke akaun Islamic Relief Malaysia (IRM).

*Maybank Islamic: 5621 4270 8704*

*Reference Code: TAB4S*

Dan diharapkan juga jasa baik sahabat semua turut sebarkan tentang program wakaf ni pada kenalan dan keluarga anda yang lain. InsyaAllah, Allah tahu apa yang kita buat, sedikit sebanyak kebaikkan ini berbalik pada kita. Kita juga boleh niat untuk wakafkan bagi pihak kaum keluarga kita yang sudah tiada.

Untuk mengikuti perkembangan projek ini, anda boleh follow Instagram (IG) kami :

volunteer_project

TELAGA AIR BANGLADESH (TAB)

Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman yang tepat agar kita dapat membuat persiapan dengan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Amin.🙏

Terima Kasih Semua, love ya!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan resit pelepasan cukai bagi yang berkenaan.

Sharifah Suhaila Idris - 017 244 9387 / sharifahs85@gmail.com


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
logo 1.png
SharifaShifa

Syarifah Syifa Resources

Address: No. 1-28A, Tingkat 1,

Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra Perdana,

47130 Puchong

Email: sharifashifa2019@gmail.com
Website: www.sharifashifa.com
"Sentuhan Sampai Ke Jiwa"

Hubungi kami di Media Sosial

 

Hubungi kami :

Hotline : +6011-70005974
Whatsapp / SMS : +6011-62298131
Office : +6011-70005974

© 2012 Syarifah Syifa Resources 

(Company No.  (SA0233165-D).

All Rights Reserved.

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Instagram
bottom of page