top of page

Seloka Peringatan Kepada Muslimah Tersayang..

  • Syarifah Syifa Sister
  • Sep 8, 2017
  • 2 min read

Wahai Muslimah, Dengarkan Ini..

Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan. Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'. Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung, Kaki pula mesti bersarung, Ditumit kaki syaitan bertarung. Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat. Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat. Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir. Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu. Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen. Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi cuba elakkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan. Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi. Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung menggoda hati, Ustaz melihat pun separuh mati. Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol. Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat. Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji. Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini. Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan. Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Yang baik bolehlah anda ikuti, Kalau boleh besok mulai.

Sempat lagi nak promote di sini,

Dapatkan Shawl yang labuh menutupi sisi,

xlupa Syifa Hijab yang senang digayai,

Kunjungilah Selendang Ka-Syorga yang sentiasa di hati..:)

Selendang Ka_Syorga Maya Chiffon

Selendang Ka_Syorga Maya Chiffon

Selendang Ka_Syorga Instant Dahlia

Selendang Ka_Syorga Instant Dahlia

Selendang Ka_Syorga Maya Lycra

Selendang Ka_Syorga Maya Lycra


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
logo 1.png
SharifaShifa

Syarifah Syifa Resources

Address: No. 1-28A, Tingkat 1,

Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra Perdana,

47130 Puchong

Email: sharifashifa2019@gmail.com
Website: www.sharifashifa.com
"Sentuhan Sampai Ke Jiwa"

Hubungi kami di Media Sosial

 

Hubungi kami :

Hotline : +6011-70005974
Whatsapp / SMS : +6011-62298131
Office : +6011-70005974

© 2012 Syarifah Syifa Resources 

(Company No.  (SA0233165-D).

All Rights Reserved.

  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Instagram
bottom of page