De Touch of SharifaShifa
- Sharifah Sue
- Nov 12, 2018
- 1 min read

Alhamdulillah, kami sudah mula beroperasi dari premis yang baru. Lebih selesa dan lebih privasi khas untuk para wanita yang kami hargai.
Sedikit pengenalan tentang Seni Urutan SharifaShifa. Urutan Tradisional Melayu ialah satu geraklaku di mana pengamal urut akan melumurkan minyak pada anggota badan pesakit kemudian menekan dan menolaknya perlahan-lahan berulang kali di tempat yang bermasalah, khususnya di sekitar urat-urat saraf yang tegang mahupun bengkak supaya dapat membetulkan kembali urat tersebut dan mengeluarkan angin dari tubuh badan, seperti yang telah dipraktikkan sejak berpuluh tahun dahulu.
Tindakan ini dilakukan samada dengan menggunakan jari tangan, tapak tangan, lengan, siku, tumit atau tapak kaki, mengikut anggota atau bahagian tubuh badan yang lebih sesuai atau munasabah bergantung kepada tempat-tempat atau pun anggota yang hendak diurut. Begitulah juga antara teknik-teknik urutan yang menjadi amalan kami di sini...
Namun, dengan KEPAKARAN yang KAMI ada akan membawa ANDA melalui suatu pengalaman berurut yang luar biasa menyembuh melalui Seni Urutan SharifaShifa.
Setiap pesakit mahupun pelanggan akan diberikan khidmat diagnosis atau scanning tahap penyakit atau kesakitan dan kondisi tubuh badan sebelum memulakan proses urutan supaya kita dapat mencari punca kesakitan demi mencapai kesembuhan yang menyeluruh...
..Oleh kerana itulah Seni Urutan SharifaShifa bukanlah hanya sekadar urutan tradisional yang biasa-biasa..
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
WA : 60107878853
Opmerkingen